Thursday, 9 October 2014

I Love Surirumah!

Hihihihihihi...

Assalamualaikum.

Yes! Kini LL (kita guna short form bagi Legasi-Lily ye) sedang menikmati gelaran ini. Awal2 agak le bertabur time management..tp bila dh jumpa rentak alhamdulillah sgl kerja jd lancar & yg plg2 best terasa puas dgn tulang 4 kerat yg dianugerahkan digunakan sepenuhnya demi keluarga yg tercinta dunia akhirat krn Allah. Jap! Acaner kiasan tulang 4 kerat tu? (kihkihkih) Kena jumpa cikgu bahasa ye utk mengetahui sejarah kiasan tersebut. Ok..berbalik citer puas tu..apa taknya..sila lihat flow di bwh :

# Jam dering pukul 0500 solat tahajjud (itupun kalau elok jer dering terus bangun...kot liat kdg2 tersasul jam 0600. Kalau gitu..terus siapkn diri+anak2/solat/sedia breakfast)
# Htr anak2 ke school (0740~1745 : school harian + kelas kafa/ngaji)
# Lps htr anak sure patah balik rumah..dh tu nk ke mana lg. hik.. 
# Alkisah bermulalah aksi kuak butterfly : 

1) Jd CLEANER utk rumahku syurgaku. Suka..suka..suka! Memang hobi pun. & jawatan ni pun memang tak habis2 assignmentnya. Ada jer yg nak diusik @ mata tak puas hati. Normal kan utk gugurl spt LL. Setuju?! (dlm hati..nasib rumah jer bukan singgahsana. Hadoi..singgahsana confirm nk ada bibik2).
2) Jd CHEF/WAITRESS utk lunch time, tea time & dinner time (meal kena dh fikir semlm lg..tp LL memang dh prepare seminggu punya menu. Senang! Kalau tak pasal menu jer dh buat stress. Cukuplah sbg penjawat awam jer stress..hak family tak mau stress2. Oh ya..actually LL sdg bercuti tanpa gaji..tp yg ni kita story kat episod lain yer!
3) Jd DRIVER semula utk anakanda2 tersayang. School-Rumah-KAFA-Rumah
4) Jd CIKGU TUISYEN sebelah mlm (khas buat my permata hati..utk spot check kemajuan/peningkatan/homework/masalah pembelajaran. Inilah study time diorang.)
5) Jd ISTERI kpd suami (pendengar setia utk berborak2..cukupkan sgl keperluannya) 
6) Jd SLEEPING BEAUTY utk kadar 2300~0500. Hahaha.. Anak2 biasa 2130 dah paksa tidur. Time ni jugalh kadang2 curi masa sikit utk diri sendiri. Utk apa? Improvement myself!

# Ok..taklehlah nak detailkan sgt..korang2 boleh imaginekan. Utk perkara diatas LL memang rasa puas hati sangat sbb LL dpt buat semua perkara utk family. Penat..memang penat! Kalau kira langkah tu..tak terkiralah. Ha'ah la..LL nk cuba kiralah brp langkah LL setiap hari. Hahahaha..tu automatik melenyapkan kalori. Utk para2 surirumah.. LL memang salute tugas mencabar ini. Sungguh tinggi/besar nilainya. Teruskan usaha anda menjadi surirumah yg hebat & doakan kami yg berkerjaya dpt motivasikan diri agar menjadi hebat spt anda jua. I love my job-surirumah for temporarily. Doakan LL dpt istiqamah dlm setiap tugasan.

" Ya Allah, ingin ku raih keredhaan-Mu, Dalam ku melayari bahtera dunia, Sebagai bekal bagiku di akhirat kelak, Untuk menghadap-Mu "
Amin.

Salam Sayang dari LL